Sejarah ringkas Copyleft

Penggunaan "Copyleft; All Wrongs Reserved" pada tahun 1976

Satu contoh awal copyleft ialah projek Tiny BASIC yang dimulakan dalam surat berita People's Computer Company dalam tahun 1975. Dennis Allison menulis satu spesifikasi versi ringkas bagi bahasa pengaturcaraan BASIC.[2] Reka bentuk ini tidak menyokong rentetan teks dan hanya menggunakan aritmetik integer.

Kandungan surat berita berkaitan Tiny BASIC itu menjadi Dr. Dobb's Journal of Tiny BASIC ('Jurnal Dr Dobb tentang Tiny BASIC') dengan tajuk kecil "Calisthenics & Orthodontia, Running Lights Without Overbyte." ('Kalistenik & Ortodontia, Lampu Memandu Tanpa Berlebihan Bait'). Penggemar komputer mula menulis pentafsir bahasa pengaturcaraan BASIC bagi komputer mereka dan mengirim kod sumber kepada Dr. Dobb's Journal dan majalah-majalah lain untuk diterbitkan. Aktiviti ini merupakan projek pertukaran perisian bebas sebelum kewujudan Internet.[3]

Jim Warren, editor Dr. Dobb's Journal, menulis tentang projek ini dalam sebual surat berita Association for Computing Machinery (ACM). Beliau memulakan rencana dengan ini: "Terdapat satu pilihan alternatif berdaya maju kepada masalah-masalah yang dibangkitkan oleh Bill Gates yang berang tentang perisian yang 'dikebas'. Apabila perisian itu bebas, atau murah sehinggakan lebih mudah dibeli daripada disalin, pada masa itu perisian itu tidak akan 'dikebas' ".[3]

Terbitan Dr. Dobbs Journal bagi bulan Mei 1976 memuatkan perisian 'Tiny BASIC Palo Alto' karya Li-Chen Wang bagi mikropemproses Intel 8080. Senarai bermula dengan penyenaraian biasa tentang pengarang, dan haribulan, tetapi ia juga mengandungi:

@COPYLEFT ALL WRONGS RESERVED.[4]

Seorang lagi penggemar komputer, mengubahsuai dan memperbaiki program Li-Chen Wang dan diterbitkan dalam terbitan bulan Disember 1976 majalah Interface Age.[5] Roger menambah namanya dan mengekalkan Notis COPYLEFT.

Satu lagi kejadian copyleft timbul dengan penggunaan pentafsir bahasa pengaturcaraan Lisp yang dihasilkan Richard Stallman oleh sebuah syarikat Symbolics. Stallman bersetuju meminjamkan versi domain awam perisiannya kepada Symbolics yang kemudiannya mengembang dan memperbaiki perisian tersebut. Apabila Stallman meminta untuk mengguna perisian yang dimajukan Symbolics itu, syarikat Symbolics enggan memberi kebenaran. Dengan itu, dalam tahun 1984 Stallman mula merangka rancangan bagi membasmi kelakuan dan kebudayaan perisian tuan punya yang muncul tatkala itu. Stallman memberi alasan bahawa perkongsian perisian yang terdapat dalam talian boleh disalin tanpa menghilangkan karya asal. Semua orang 'menang'. Perisian dapat digunakan berkali-kali tanpa kerosakan atau menjadi haus.[6][7]

Richard M Stallman ataupun RMS, seorang penggerak Projek GNU dan Copyleft.

Stallman membuat keputusan untuk bekerja dalam rangka undang-undang sedia ada kerana beliau berfikir menghapuskan undang-undang hak cipta, yang dilihatnya sebagai mempunyai kelemahan, tidak dapat dilakukan dalam jangka masa pendek; dalam tahun 1988 , beliau mencipta lesen hak ciptanya sendiri, yang diberi nama Emacs General Public License,[8] lesen copyleft pertama. Lesen ini kemudian bertukar menjadi Lesen Awam Am GNU (GPL), yang kini menjadi lesen Perisian Bebas paling popular. Buat kali pertama, pemegang hak cipta mengambil langkah bagi memastikan sebanyak mungkin hak penciptaan dapat dipindahkan kepada pengguna perisian, tidak kira berapa banyak pengubahsuaian dan semakan dibuat terhadap perisian asal. GPL asal tidak memberikan hak kepada orang awam biasa, tetapi hanya kepada penerima program; namun, ia merupakan hasil terdaik yang dapat diraih di bawah undang-undang sedia ada.

Rujukan

WikiPedia: Copyleft http://www.amazon.com/Copy-Rip-Burn-Politics-Sourc... http://www.amazon.com/Success-Open-Source-Steven-W... http://www.eyemagazine.com/opinion.php?id=117&oid=... http://www.oreilly.com/openbook/freedom http://www.oreilly.com/openbook/freedom/ch07.html http://www.oreillynet.com/pub/a/policy/2001/12/12/... http://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id... //doi.org/10.1145%2F987491.987494 http://www.free-soft.org/gpl_history/emacs_gpl.htm... http://fsfeurope.org/projects/gplv3/barcelona-rms-...